Nazri: Kemenangan di Simpang Jeram bukti kerjasama BN-PH diterima pengundi

Politics
9 Sep 2023 • 10:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MUAR: Nazri Abdul Rahman menyifatkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram hari ini sebagai hasil kerja keras dan kerjasama kukuh antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata keputusan itu sekali gus menghapuskan stigma bahawa kerjasama kedua-dua gabungan tidak diterima oleh pengundi di kawasan tersebut, khususnya pengundi Melayu.

“Kemenangan ini bukan kemenangan saya seorang, ini adalah kemenangan pasukan dan kita sedia maklum dalam pilihan raya kali ini adalah gabungan antara PH dan BN.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera di pihak PH dan BN. Tanpa kerjasama dan kerja keras mereka, tak mungkin saya dapat kemenangan sebegini rupa,“ katanya kepada pemberita selepas diumum memenangi kerusi itu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Nazri memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 3,514 undi.

lagi..

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved