Ringgit teruskan penurunan, dibuka rendah berbanding dolar AS

Business & Finance
30 May 2019 • 10:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

RINGGIT meneruskan penurunannya untuk dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dengan pengukuhan berterusan mata wang AS itu di tengah-tengah peningkatan kebimbangan terhadap perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang dikhuatiri akan semakin memburuk, kata para peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan turun kepada 4.1930/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 pada paras penutup Rabu.

Seorang peniaga berkata, kebimbangan terhadap perang perdagangan mencetuskan jualan dalam pasaran sedang pesat membangun, manakala dalam pada masa yang sama, impak kelembapan pertumbuhan global terus memberi kesan kepada pasaran tersebut termasuk Malaysia yang merupakan ekonomi kecil dan sangat terbuka.

"Dolar AS akan terus bertindak sebagai aset selamat terutamanya dalam keadaan pertikaian perdagangan, ketidakpastian berhubung Brexit dan kebimbangan terhadap pertumbuhan global,” kata peniaga itu.

Sementara itu, ringgit, diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8275/8331 daripada 3.8353/8400 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2932/3000 daripada 5.2991/3050.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6710/6770 daripada 4.6758/6819 tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0373/0420 daripada 3.0317/0357 pada Rabu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved