NCT DREAM Bakal Beraksi Secara Live Di Kuala Lumpur Pada 20 Mei Ini 

Music
22 Feb 2023 • 12:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
NCT DREAMS bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 20 Mei ini.

Selepas menghiburkan peminat di ‘Seen Festival’ bersama gandingan barisan bintang popular seperti DREAM, WayV, KARD dan ALICE, NCT Dream mengumumkan sekali lagi akan mengegarkan ibu kota secara solo.

Ia bakal memberi peluang kepada peminat NCT DREAM yang sebelum ini 'tidak ‘puas’ bertemu dengan oppa-oppa kesayangan masing-masing dalam kumpulan K-Pop berkenaan, untuk sekali lagi bertemu dengan mereka.

image is not available
Pada tahun lepas, NCT DREAM telah mengadakan konsert ‘The Dream Show ‘ World Tour di Stadium Olimpik Seoul, Nagoya, Yokohama dan Fukuoka di Jepun.

Menerusi satu poster yang dilancarkan baru-baru ini, NCT DREAMS telah mengumumkan tarikh dan senarai negara yang bakal mereka lawati untuk konsert jelajah dunia ‘The Dream Show  2 : In A Dream’.

Peminat kumpulan NCT DREAM pastinya sangat teruja kerana kumpulan ini akan datang ke Malaysia dan membuat persembahan konsert solo pertama mereka pada 20 Mei nanti.

Kumpulan K-Pop ini telah menambah beberapa negara lain dalam siri jelajah konsert ‘2nd World Tour’ tersebut termasuk Malaysia.

image is not available
Antara lagu popular NCT DREAM adalah ‘Hot Sauce’, ‘Beatbox’, ‘Hello Future’, ‘Candy’ dan ‘BOOM’.

NCT DREAM sebelum ini telah mengadakan konsert ‘The Dream Show ‘  World Tour di Stadium Olimpik Seoul, Nagoya, Yokohama dan Fukuoka pada tahun lepas.

Ia disusuli dengan Osaka, Jakarta, Bangkok dan Hong Kong, sebelum beberapa lokasi ditambah seperti London, Paris, Berlin, Newark, Chicago, Atlanta, Houston, Boston, Dallas, Los Angeles, Manila, Singapura, Macau dan Kuala Lumpur, yang kemudian menjadikan 22 kota yang mereka jelajahi dalam konsert jelajah dunia kedua mereka. 

image is not available
Senarai konsert NCT DREAM pada tahun ini.

NCT DREAM yang dianggotai tujuh ahli iaitu Mark, Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle dan Jisung merupakan kumpulan K-Pop yang berada di bawah naungan SM Entertainment yang juga mewakili kumpulan SUPER JUNIOR dan EXO.

Antara lagu NCT DREAM yang mendapat perhatian ramai adalah ‘Hot Sauce’, ‘Beatbox’, ‘Hello Future’, ‘Candy’, ‘BOOM’ dan banyak lagi.

Maklumat lanjut tentang konsert jelajah ‘THE DREAM SHOW 2’ World Tour di Kuala Lumpur pada 20 Mei ini boleh didapati di laman sesawang www.starplanet.com.my . – Getaran , 22  Februari 2023.



 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved