NCT, NGX lancar NCT InnoSphere bernilai RM1.1 bilion di Kedah

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2025 • 9:25 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

NCT, NGX lancar NCT InnoSphere bernilai RM1.1 bilion di Kedah

image is not available

30/09/2025 - 09:25

KUALA LUMPUR 30 Sept - Kumpulan Syarikat NCT dengan kerjasama Northern Gateway (NGX) melancarkan taman perindustrian pintar bersepadu bernilai pembangunan kasar RM1.1 bilion, NCT InnoSphere, di Kedah.

NGX ialah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Terletak di atas tanah zon bebas seluas 55.44 hektar, NCT InnoSphere dirancang dalam lapan fasa pembangunan, setiap satunya merangkumi gabungan komponen perindustrian, komersial dan sokongan bagi menggalakkan aktiviti operasi, perdagangan dan pembuatan yang lebih cekap.

Projek ini akan menawarkan lebih 230 premis termasuk unit berkembar separa, unit berkembar, kluster, teres dan konfigurasi binaan khas, yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai perniagaan merentas sektor.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata Kementerian Kewangan sebagai peneraju dasar fiskal dan pelaburan strategik, menyokong agenda ini termasuk melalui projek Delapan dalam Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di bawah NGX.


image is not available


Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, di Bukit Kayu Hitam semalam.

Menurut Lim, pembangunan NCT InnoSphere akan terus memperkukuh kedudukan Delapan sebagai hab perindustrian serta menjadi simbol keyakinan terhadap potensi Kedah. - Bernama

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved