ND Lala Beri Respon Selepas Dipersoal Tidak Peduli Dengan Masalah Keluarga Yang Sedang Berantakan

Entertainment
13 Oct 2023 • 8:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Ketika ini, keluarga penyanyi ND Lala sedang menjadi tumpuan netizen selepas anak-anaknya, Syada, Shila dan Syafiq termasuk bekas isteri, Fauziah Sarman sedang bergaduh.

Disebabkan itu, rata-rata mempersoal ke manakah perginya ketua keluarga di saat diperlukan. ND Lala kemudian dilihat berkongsi gambar memori bermain bola sepak bersama kawan-kawan. Perkongsian ini menjadi tempat untuk netizen mengecam dan mempersoal tindakannya.

Rata-rata netizen mengatakan ND Lala seolah-olah tidak peduli dan tidak berbuat apa-apa di saat ahli keluarganya sendiri berantakan.

Sedar tentang perkara ini, ND Lala tampil membalas persoalan dan kecaman netizen.

Tajuk perbualan kita di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati sesama kita melalui sukan bola sepak.

Terima kasih kerana memberi komen yang baik dan mengekalkan adab budaya kita.

image is not available

Terdahulu, Fauziah bersama dua lagi anaknya, Syada dan Shafiq tampil meluahkan rasa tidak puas hati serta ‘menyerang’ penyanyi Shila Amzah gara-gara keputusan isteri kepada Ubai itu untuk menjual rumah yang diduduki mereka pada ketika ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.