Ne-Yo Bakal Kembali Beraksi Di Malaysia Semula Selepas 12 Tahun

Music
5 Dec 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Selepas berjaya membawa Raisa untuk beraksi dalam konsert ‘Raisa Live In Malaysia’, kini penganjur acara, Hitman Solutions membawa pula artis antarabangsa terkemuka, Ne-Yo untuk beraksi di negara ini.

Konsert ‘NE-YO Live In Malaysia’ bakal berlangsung di Dewan Plenary KLCC pada 21 Januari.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, ramai yang membesar dengan lagu-lagu nyanyian NE-YO yang begitu dekat di hati serta gerak tarinya yang mengasyikkan.

“Apabila beliau aktif mengadakan siri jelajah konsert, kami tidak mahu melepaskan peluang ini untuk membawa NE-YO ke sini setelah konsert terakhirnya di Sunway Lagoon Surf Beach kira-kira 12 tahun yang lalu.

“Pada konsert itu nanti, kami berharap mereka yang lahir pada 90-an dan 2000 akan hadir kerana NE-YO merupakan salah satu artis paling ‘top’ ketika itu.

“Kami juga yakin malam konsert itu nanti akan mengimbau kembali kenangan zaman remaja dan membangkitkan emosi penonton melalui nyanyian lagu-lagu ‘soul’ yang menggamit perasaan dan sinonim dengan NE-YO,” katanya.

Ne-Yo adalah bintang ternama yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan bertaraf global. Bahkan dia mempunyai banyak lagu-lagu hit. Antaranya adalah Let Me Love You, Give Me Everything, Play Hard, Closer, So Sick, Mad, One In A Million, She Got Her Own, Miss Independent (Miss Universe).

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket konsert ‘NE-YO Live In Malaysia’, tiket-tiket akan mula dijual pada 5 Disember ini, terbahagi kepada 4 kategori utama, VIP (RM988), DIAMOND (RM688), PLATINUM (RM488) serta GOLD (RM288).

Pembelian boleh dilakukan di laman web rasmi www.hitmanlive.com, untuk sebarang pertanyaan berhubung konsert tersebut, sila hubungi Encik Keeran D (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669. - Getaran, 5 Disember 2022