Neelofa kecewa prasekolah Bilal tak benarkan ibu bapa akses CCTV

Family & Parenting
13 Sep 2023 • 8:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti terkenal, Noor Neelofa telah meluahkan rasa kecewa terhadap prasekolah yang dipilih untuk anak sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris apabila tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak masing-masing.

Prasekolah Bilal tak benar akses CCTV

Ujar Neelofa menerusi Insta Story miliknya, dia dan suami akan menghantar anak mereka ke prasekolah pada minggu hadapan. Namun, pihak prasekolah Bilal tidak membenarkan mereka untuk mengakses CCTV sekolah tersebut apabila ditanya.

Selebriti itu juga menyatakan yang di sekolah anak kawannya boleh sahaja mengakses CCTV dan memantaunya pada bila-bila masa.

“Memandangkan minggu depan Bilal akan memulakan prasekolah, saya tanya sekiranya ibu bapa boleh akses CCTV di prasekolah tetapi tidak dibenarkan.

“Bukan apa, kawan saya berkongsikan dekat sekolah anaknya, ibu bapa boleh akses CCTV bila-bila masa saja,” tulisnya.

image is not available

Sertakan artikel kewajiban CCTV pada 2024

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah selebriti, Muhammad Haris Ismail atau biasa disapa PU Riz turut menyertakan artikel berkaitan kewajiban CCTV di prasekolah menjelang tahun 2024 atas alasan yang berasas.

image is not available

Untuk rekod, anak pertama Neelofa dan Haris bakal berusia 2 tahun pada tahun hadapan. Bilal yang lahir pada 29 Januari 2022 sering mendapat perhatian peminat kerana kecomelannya walaupun pasangan selebriti itu jarang mendedahkan wajah anak mereka.

Pada 11 Julai lalu, Neelofa telah selamat melahirkan putera kedua yang diberi nama Abdullah Abbas.

Bekas pengacara Meletop itu telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan lebih memilih untuk menjadi usahawan selepas tampil berniqab dan bergelar seorang isteri.

Sumber: Instagram Neelofa