Neelofa Luah Impian Mahu Kuasai Bahasa Arab, Syukur Dah Sampai Bab 10 – “Macam Tak Percaya Boleh Sampai Sini..”

LocalFamily & Parenting
25 Jun 2025 • 2:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor meluahkan rasa syukur apabila dia kini sudah berada di bab kesepuluh pembelajaran agama.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, sejak dulu lagi dia berdoa untuk menguasai bahasa Arab termasuklah memahami al-Quran, belajar hadis dan boleh bertutur bahasa itu jika berada di Tanah Suci.

image is not available

Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab untuk faham al-Quran, nak baca al-Quran macam buku cerita, nak belajar lebih banyak hadith, nak boleh bercakap kalau di Tanah Suci. Tapi tak tahu macam mana nak make it happen.

Namun, Neelofa menjelaskan bahawa kekangan masa membuatkan dia terpaksa menangguhkan pembelajarannya.

Dah cuba banyak kali ambil kelas tapi separuh jalan sebab susah! Sebab mindset! Sebab sibuk tapi still doa terutama malam mustajab. Walaupun harapan tu nipis saja dalam hati cuma yakin Allah dengar. Sekarang dah bab 10, buku 1.

Walau bagaimanapun, selebriti itu mengakui dia tidak berputus asa dan sentiasa berdoa agar impiannya untuk menguasai bahasa Arab dipermudahkan.

image is not available

Long way to go, cuma macam tak percaya boleh sampai di sini. Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai ilmu bahasa ini, semua milik Allah.

 

Moga Allah rezekikan untuk pinjamkan ilmu ini sepenuhnya suatu hari nanti insya-Allah.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 weeks ago

“Zaman Sekarang Orang Anggap Suami Bestie..” - Neelofa Tegaskan Kedudukan Suami Perlu Diletak Di Tempat Yang Tinggi