Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa mengumumkan pendaftaran untuk menjadi ejen susu pisang Nilofa kini telah dibuka.
Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa memuat naik video sebalik tabir produksi minuman tersebut termasuk proses pembungkusan dan persediaan produk untuk tatapan pengikutnya.
View this post on Instagram
Untuk rekod, susu pisang Nilofa pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu sebelum jenama itu dilihat senyap seketika.
Kini, produk tersebut kembali dengan wajah baharu apabila Neelofa bekerjasama bersama kakaknya, Noor Nabila dalam produksi kali ini.
Lebih menarik, susu Nilofa juga difahamkan bakal hadir dengan lebih banyak pilihan sekali gus berpotensi mencuri perhatian ramai seperti sebelum ini.
Namun begitu, pengumuman oleh Neelofa itu menerima pelbagai reaksi ramai yang rata-ratanya berharap agar pengurusan bisnes aktres itu lebih mementingkan kebajikan stokis dan ejen dan bukannya hanya sekadar ‘hit & run’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Pergi Mamak Je Beli Air" - Ammayan Dituduh Kaki 'Club', Selalu Pergi Kelab Malam?
The post Neelofa Umum Pendaftaran Ejen Susu Pisang Nilofa Dibuka, Bakal Kembali Jadi Fenomena? – “Korang Excited Tak?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


