“Neelofa Yang Bertudung Litup Kena Kecam” – Baby Shima Dah Lali Kena Kutuk

Entertainment
14 Dec 2022 • 11:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baby Shima nama yang tak asing lagi dalam industri seni hiburan tanah air apabila sering kali mencetuskan kontroversi dalam kerjayanya.

Baru-baru ini, penyanyi lagu ‘Roadblock Hatiku’ itu memberitahu bahawa dirinya sudah lali dengan kecaman netizen, eh yeke ni?

Dah tak ambil kisah

image is not available

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mengulas bahawa dirinya sentiasa berasa bahawa setiap tindak tanduknya akan dipandang sinis oleh masyarakat.

Neelofa yang bertutup litup pun tetap kena kecam. Zaman sekarang kecaman itu sudah biasa. Tidak kisahlah mahu cakap apa, saya buat tidak tahu sahaja. – Baby Shima

Mulut orang memang tidak boleh nak tutup. Buatlah apa sahaja, sekalipun kalau saya manja dengan kucing, tetap kena kecam. Bukan saya seorang sahaja kena begitu. – Baby Shima

Tambahan, penyanyi itu juga memberitahu bahawa apa yang dilakukan selama ini hanyalah untuk menghiburkan hatinya dan peminat.

Kesian Baby Shima selalu kena kecam, janji dia dapat jadi diri sendiri ye dok?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.