Neflix Naikkan Harga Di Amerika, Negara Lain Kini Menanti

WorldEntertainment
27 Mar 2026 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Netflix sekali lagi menaikkan harga langganan mereka di Amerika Syarikat selepas kali terakhir melakukannya pada Januari 2025. Harga langganan meningkat $1 pada pelan paling asas dengan sokongan iklan sementara pelan Standard dan Premium pula meningkat $2.

image is not available

Menurut Netflix kemas kini harga dilakukan untuk membolehkan mereka melabur semula dalam hiburan berkualiti dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Harga dinaikkan pada saat krisis Asia Barat menyebabkan harga bahan api serta keperluan asas meningkat mendadak. Ia juga tiba sekitar sebulan selepas Netflix menarik diri daripada membeli Warner Bros. Discovery dan menerima pampasan $2 bilion.

Masih belum diketahui sama ada langganan di negara lain turut akan dilakukan. Kali terakhir harga langganan di Malaysia dinaikkan adalah pada November 2024. Harga langganan semasa di Malaysia adalah seperti d bawah.

  • Mobile: RM 18.90 sebulan
  • Basic: RM 29.90 sebulan
  • Standard: RM 49.90 sebulan (tambahan ahli RM13 seorang/bulan)
  • Premium: RM 62.90 sebulan (tambahan ahli RM13 seorang/bulan)