‘Negara akan hancur jika tidak komited perangi rasuah'

Politics
10 Nov 2022 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syahredzan Johan

BANGI - Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menyifatkan rasuah boleh menjadi barah dalam masyarakat jika tiada apa-apa tindakan diambil.

Tegasnya, sekiranya orang ramai tidak menyelesaikan isu rasuah dan tidak komited memeranginya, negara ini akan menghadapi kehancuran.

“Kalau kita tidak selesaikan, tidak komited untuk memerangi rasuah, kita akan melihat di mana negara ini akan hancur,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.

Syahredzan dalam masa sama turut melafazkan ikrar untuk membasmi rasuah.

“Saya Syahredzan Johan berikrar untuk membebaskan negara ini daripada ancaman rasuah dan korupsi,” tegasnya.