Negara asing tidak perlu campur tangan urusan dalaman Bangladesh

27 Dec 2022 • 2:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

DHAKA: Menteri Luar A.K. Abdul Momen (gambar) berkata Bangladesh tidak mahu mana-mana negara campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara ini.

“Kami negara yang matang. Kami negara berdaulat. Kami negara yang merdeka,“ katanya pada Isnin, lapor Xinhua.

Beliau berkata negara lain tidak perlu memberikan ‘preskripsi’ kepada Bangladesh mengenai demokrasi dan hak asasi manusia kerana ia telah berakar umbi dalam ‘DNA Bangladesh’.

Kerajaan komited untuk mengadakan pilihan raya yang bebas, adil, telus dan inklusif di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas dan Bangladesh mengalu-alukan pendapat membina daripada rakan asing, kata beliau.

Awal bulan ini, sekumpulan diplomat, kebanyakannya dari negara Barat, melawat Suruhanjaya Pilihan Raya dan membincangkan mengenai ppilihan raya umum akan datang yang dijadualkan sama ada pada penghujung tahun 2023 atau awal 2024.

Dalam surat yang dihantar baru-baru ini kepada semua perwakilan diplomatik asing dan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan antarabangsa di Dhaka, Bangladesh mengingatkan mereka mengenai Konvensyen Vienna berkaitan Hubungan Diplomatik dan Konvensyen Vienna (Hubungan Konsular). -Bernama