Negara Bergolak Bukan Penghalang, Pelajar PhD UIAM Gigih Siapkan Kajian

8 Oct 2025 • 5:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang sahabat berkongsi perjalanan kisah rakannya yang merupakan pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejururawatan di Palestin menjadi perhatian apabila tidak berputus asa menyiapkan kajian biarpun berdepan keadaan serba kekurangan.

Gigih siapkan kajian

Menerusi perkongsian di Facebook Rasheedan Ellin, memperlihatkan mahasiswa dikenali sebagai Fadi Esleem itu sedang gigih menyempurnakan kertas kajiannya dengan hanya beralas baldi sebagai meja dan berlantaikan pasir.

image is not available

“Bermejakan baldi, berlantaikan pasir, sahabat seperjuangan PhD Nursing International Islamic University Malaysia (UIAM) kami di Palestin, Fadi Esleem adalah simbol keteguhan rakyat Palestin yang sentiasa percaya akan adanya sinar hari esok daripada Allah.

“Kajian beliau berkaitan pesakit COPD kronik. Mohon doa teman soleh solehah semua Fadi selamat sentiasa,” kata Rasheedan, hari ini.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi sepotong hadith sebagai renungan dan memaklumkan kawasan penempatan sahabatnya baru sahaja berlaku tembakan.

“Mengimani sabda junjungan Nabi saw, Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah. HR Ahmad.

“Pada jam 11:30 pagi, Fadi beritahu ada gun shooting area khemah beliau sekarang,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Fadi dan mendoakan agar pelajar itu berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang.

Tuntut ilmu satu ibadah

image is not available

Semangat luar biasa

image is not available

Fadi merupakan simbolik perjuangan rakyat Palestin di mana tidak pernah mengalah, biarpun hidup dalam keadaan penuh penindasan, tetapi cuba menjalani hari-hari dengan perkara yang bermakna.

Sumber: Facebook Rasheedan Ellin