Negara ‘Hilang’ RM2.3b Nilai KDNK, 420 Ribu Hektar Ladang Getah Tidak Ditoreh

29 Dec 2023 • 11:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebanyak 420,000 hektar ladang getah pekebun kecil yang boleh menghasilkan 585,500 metrik tan susu getah setahun dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM2.3 bilion dilaporkan tidak ditoreh.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, situasi berkenaan berlaku disebabkan kekurangan pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja menoreh getah, bukannya kerana tidak mempunyai pokok getah yang mencukupi.

“Malaysia sebenarnya mempunyai ladang-ladang getah yang telah sedia dan pokok-pokok dalam keadaan baik untuk dikeluarkan hasil, tetapi pengusaha serta pekebun ladang tidak dapat mengusahakannya kerana berhadapan dengan masalah kekurangan pekerja.
“Jika kuantiti 585,000 metrik tan ini diolah sebagai bahan produk getah hiliran (downstream products), ia dapat melibatkan nilai tambah mencecah RM8.8 bilion,” katanya, hari ini.

image is not available

Jelas Johari, Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang memproses produk melibatkan getah sarung tangan, kasut, tiub, paip, hos dan pelbagai lagi.

Namun, aktiviti penorehan getah tidak dapat dijalankan sehingga memberi kesan kepada hasil pengeluaran rendah bagi mendapatkan getah sekerap (cupplump) atau penghasilan susu getah (lateks).

image is not available

Tambah beliau, keadaan itu telah menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport masuk getah sekerap serta susu getah dari pokok getah negara-negara luar bagi memenuhi permintaan kilang-kilang di Malaysia memproses dalam menghasilkan produk-produk berasaskan getah.

“Industri getah mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dan berpotensi untuk mengeksport ke negara luar, tetapi inilah cabaran yang dihadapi oleh industri getah secara amnya,” katanya lagi.

image is not available

Johari berkata, beliau kini sedang merangka pelan bersama kementerian dan Lembaga Getah Malaysia bagi membantu pekebun-pekebun kecil ladang getah secara secara berperingkat, selain membina sebuah ekosistem yang lebih baik.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja rasmi bersama pengurusan Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia sebuah agensi dibawah seliaan Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi membincangkan isu berkenaan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved