Negara perlu penyelesaian komprehensif: Warisan. Isu kenaikan harga barang dan keselamatan makanan

2 Oct 2023 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Keresahan masyarakat mengenai isu kenaikan harga barang dan juga keselamatan makanan menjadi kebimbangan Parti Warisan (Warisan) ketika ini.

Sehubungan itu, Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerajaan mempunyai penyelesaian yang komprehensif mengenai isu tersebut pada sesi pembentangan belanjawan pada 13 Oktober depan.

“Seperti saya nyatakan, berkenaan keselamatan makanan ini bukan hanya tentang harga tetapi juga bekalan produk makanan seperti beras, daging, bawang dan sebagainya yang diimport dari negara luar.

“Kerajaan harus mempunyai perancangan yang komprehensif. Perkara ini sudah lama ada tetapi malangnya ia tidak dapat dilaksanakan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Contohnya di Kota Belud berapa ratus juta ringgit telah diberikan tetapi kesudahannya tidak ada mengenai tanaman padi, spesies padi, jelapang padi, bagaimana padi boleh ditanam tiga kali setahun dan sehingga kini tidak dapat direalisasikan,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong pada Sabtu.

Mengulas lanjut, ketika pemerintahan Warisan sebelum ini pihaknya telahpun mengenal pasti tanah yang sesuai untuk dijadikan tanaman padi sama ada padi sawah atau padi bukit.

“Saya masih ingat semasa Warisan jadi kerajaan kita kenal pasti 10,000 ekar (4,046 hektar) di Terusan Sapi (Beluran) tanah yang boleh dan sesuai untuk tanaman padi.

“Di samping itu kita juga mengalakkan tanaman padi bukit dan kita sediakan RM5 juta untuk menggalakkan (petani) kawasan di Keningau, Long Pasia (Sipitang) yang sesuai untuk penanaman padi bukit.

“Jadi apabila kita boleh bekalkan padi, kita boleh kawal harga beras,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa perlunya penyelesaian komprehensif walaupun keadaan kewangan negara terbatas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.