Negara rugi RM17 bilion dalam 25 tahun jika tidak urus risiko bencana

16 Oct 2023 • 1:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 16 OKT: Negara dijangka mengalami kerugian sehingga RM17 bilion dalam tempoh 25 tahun akan datang jika tidak melaksanakan langkah pengurangan risiko bencana.

Berikutan itu, menteri alam sekitar dan perubahan iklim berkata cadangan penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) bertepatan bagi menangani dampak ancaman perubahan iklim.

“PBGN ditubuh bagi menjalankan fungsi-fungsi seperti penyelidikan berimpak tinggi dan pembangunan sistem amaran awal bencana di kawasan tumpuan.

“Selain itu, ia juga mampu membangunkan model ramalan, amaran awal dan kesedaran awam berhubung ancaman bencana geologi,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Nik Nazmi menambah PBGN menyedia khidmat kepakaran teknikal khusus dalam pelbagai bidang berkaitan seperti penilaian dan forensik bencana, geologi kejuruteraan, serta rangkaian sistem amaran awal.

“Dengan penubuhan PBGN ini, pengurusan bencana geologi negara dapat dilaksana dengan berkesan bagi menangani impak perubahan iklim global sekali gus mengurangkan impak bencana,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan PBGN akhir tahun ini bagi memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal bencana tsunami, banjir dan tanah runtuh.

Menurutnya, penubuhan pusat itu juga bertujuan meningkatkan kecekapan tindak balas bencana demi memastikan keselamatan rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved