Negeri belanja RM23 juta beri biasiswa kepada 1,700 pelajar Unisel

20 Nov 2023 • 1:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Negeri membelanjakan RM23 juta membiayai yuran pengajian 1,700 pelajar Universiti Selangor (Unisel) bagi program asasi sejak 2016, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan disalur menerusi beberapa skim biasiswa bagi meringankan beban kewangan pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi itu.

“Data dari Unisel menunjukkan bahawa 64 peratus pelajar adalah dalam kalangan isi rumah golongan berpendapatan rendah (B40).

“Unisel turut menyediakan skim biasiswa dan derma siswa untuk membantu pelajar seperti Biasiswa Naib Canselor, Biasiswa Bistari, Biasiswa Bistari Sains Kesihatan dan Derma Siswa Asasi Unisel untuk memastikan golongan ini tidak tercicir,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron yang ingin mengetahui usaha dilakukan Unisel membantu pelajar dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Amirudin menambah Kerajaan Negeri turut menyediakan dana sebanyak RM2 juta bagi meneruskan program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU).

“Selain itu, bantuan melalui Unit Zakat Unisel pula telah membantu menyalurkan bantuan bagi tujuan yuran sebanyak RM249,000 pada tahun 2021, RM249,639.08 pada tahun 2022 telah diagihkan kepada pelajar yang lulus dalam program bantuan ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved