Negeri giat lonjak industri bioteknologi, tarik minat pelabur

25 Jul 2022 • 1:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 JULAI: Kerajaan Negeri menerusi Invest Selangor giat mempromosikan industri bioteknologi dalam usaha menarik minat pelabur, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata beberapa siri lawatan diadakan khusus untuk memperkasakan industri bioteknologi dan menyelaras perlaksanaan pelan tindakan hala tuju industri tersebut.

“Invest Selangor membuat lawatan ke Pulau Pinang dan Johor dengan berjumpa pemain industri subsektor pertanian, perubatan dan alam sekitar selain mesyuarat dengan agensi kerajaan dan swasta yang terlibat pembangunan ekosistem industri.

“Sektor bioteknologi mempunyai tarikan tersendiri terutamanya pasca Covid-19 dan berpotensi tinggi memacu ekonomi negeri. Perkara ini antara yang difokuskan dalam Rancangan Selangor Satu (RS-1),” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong berhubung usaha Kerajaan Negeri untuk menarik minat pelabur dalam industri bioteknologi.

Kerangka pembentukan RS-1 meliputi pertumbuhan ekonomi yang menyelaras strategi pelaburan dan peningkatan kesejahteraan hidup serta keterangkuman sosial Rabu ini.

Pelan memperkukuh ekonomi dan kebajikan rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang menggariskan empat strategik utama sebagai hala tuju.

Turut ditekankan ialah pemacuan kelestarian bagi memulihara alam sekitar selain tadbir urus pintar serta berkesan dengan libat urus bersama pemegang taruh juga orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved