
Oleh AZIAN AZIZ
GOMBAK, 19 OGOS : Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan sekolah dan badan beruniform untuk menjalankan aktiviti sukarelawan melalui program Think Selangor.
Dato’ Menteri Besar berkata program itu bertujuan mengalakkan dan menambah bilangan sukarelawan di negeri ini termasuk ketika mendepani bencana.

“Negeri perlukan lebih banyak sukarelawan, mereka ini sebenarnya menjadi inti penting kepada keharmonian dalam kehidupan masyarakat.
“Pada masa akan datang kita akan bekerjasama dengan sekolah dan badan beruniform seperti Kadet Tentera, Kadet Polis, Pandu Puteri, Pengakap dan lain-lain lagi untuk jalankan program yang memang telah ada dalam Kerajaan Negeri iaitu Think Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Berucap dalam program kemasyarakatan Pasukan Pandu Puteri Tunas Daerah Gombak di Dewan MPKK Kampung Sungai Tua Baharu hari ini, Amirudin berkata kerja-kerja sukarelawan banyak membantu kemerdekaan di negara ini.
“Apabila seseorang itu sanggup berkorban melakukan sesuatu yang bukan tugas hakikinya itulah (semangat) yang membawa kemerdekaan kepada negara kita.
“Tanpa mereka yang berkorban tak mungkin kita dapat mengecapi kemerdekaan. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan,” tambahnya.
The post Negeri hasrat kerjasama dengan badan uniform di sekolah anjur program sukarelawan appeared first on Selangorkini.


