Negeri kenal pasti tanah untuk diwarta sebagai hutan simpan kekal

28 Nov 2024 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Oleh Yasmin Ramlan

SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti lebih banyak tanah yang boleh diwartakan sebagai hutan simpan kekal.

EXCO alam sekitar berkata Selangor komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada tanah negeri sebagai hutan simpan kekal.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, langkah itu merupakan sebahagian strategi di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk mengekalkan hutan negeri.

“Pada masa ini, Selangor mempunyai 250,987.12 hektar hutan simpan kekal, iaitu 31.7 peratus daripada keluasan tanah negeri ini,” katanya di Sidang Dewan Negeri di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Gombak Setia Muhammad Hilman Idham mengenai usaha Kerajaan Negeri dalam mengekalkan peratusan hutan simpanan kekal.

Jamaliah berkata antara usaha mengekalkan kawasan hutan simpan termasuk penguatkuasaan Kaedah-kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014 bagi kawasan yang akan dinyahwarta.

Selangor juga menjalankan kajian untuk mengenal pasti tanah kerajaan yang berpotensi diwartakan sebagai hutan kekal simpan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved