Negeri PN Dijangka Bubar DUN Jun Ini - Pemimpin PAS

Politics
24 Apr 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pembubaran bagi lima negeri akan dilakukan secara berperingkat, tetapi semuanya akan berlangsung pada Jun. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Jun ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah.

Beliau turut mendakwa, negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH), iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor juga sudah bersetuju untuk membubarkan DUN pada bulan sama, lapor New Straits Times.

Nik Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, negeri berkenaan sudah memutuskan untuk membubarkan DUN pada akhir Jun, manakala lima negeri lain akan berbuat demikian pada bulan sama.

“Pembubaran bagi lima negeri akan dilakukan secara berperingkat, tetapi semuanya akan berlangsung pada Jun,” katanya dipetik sebagai berkata pada Majlis Rumah Terbuka Raya Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Pemimpin PAS itu juga berkata, parti terbabit mempunyai senarai nama calon  yang dicadangkan bertanding di DUN untuk diputuskan Ahmad.

Jelasnya, bagi pembahagian kerusi dalam PN, PAS akan bertanding di kerusi dimenanginya sebelum ini.

Manakala, katanya, kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) akan ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). – The Vibes, 24 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved