Negeri Sembilan jenamakan semula portfolio Exco - Aminuddin

Politics
15 Aug 2023 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aminuddin memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri hari ini. - Foto Bernama

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan berkemungkinan menjenamakan semula nama portfolio Exco kerajaan negeri agar selari dengan peranan peringkat kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, butiran tugasan barisan kepimpinan itu juga akan ditambah baik bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

"(Mengenai calon Exco dan portfolio) yang itu kita akan bincang dalam masa terdekat, Insya-ALLAH dalam minggu ini, kalau boleh secepat mungkin dengan persiapan angkat sumpah Exco.

"Saya akan jumpa ketua-ketua parti (dalam Kerajaan Perpaduan) secepat mungkin. Saya akan dapatkan keputusan di peringkat kepimpinan utama parti,” katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Besar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau optimis mampu melaksanakan sepenuhnya Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dalam tempoh ditetapkan di samping meneruskan agenda atau manifesto lalu yang sedang dilaksanakan termasuk menukar status pemilikan tanah pajak menjadi hak milik kekal.

Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan merupakan manifesto Kerajaan Perpaduan yang ditawarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas berteraskan lima tekad dengan 10 teras utama yang akan dinikmati rakyat.

Aspirasi yang menggariskan 70 inisiatif itu mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu, sekali gus menjana peluang dalam memacu pembangunan negeri dan mensejahterakan rakyat. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved