Negeri Sembilan tarik gelaran Datuk bekas Naib Canselor UKM serta merta

LocalPolitics
12 Feb 2025 • 8:05 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan supaya darjah kebesaran bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Mohd Ekhwan Toriman ditarik balik.

Pendaftar Darjah, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam satu kenyataan memberitahu, pengurnian Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Datuk pada 14 Januari 2019 itu ditarik balik berkuat kuasa serta merta.

“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Pada 4 Februari lepas, media melaporkan Mohd Ekhwan mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor UKM.

Beliau kali pertama dilantik bagi jawatan itu pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023 sebelum perkhidmatannya disambung semula.

Mohd Ekhwan turut memaklumkan satu laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat berhubung fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya. - 12 Februari, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved