Negeri Sembilan teliti cadangan bekerja dari rumah

LocalPolitics
1 Apr 2026 • 4:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aminuddin Harun

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan sedang meneliti cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam, selaras dengan langkah Kerajaan Pusat susulan krisis tenaga global disebabkan konflik Asia Barat.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penelitian itu termasuk jumlah kakitangan dan jabatan yang bersesuaian sekali gus bagi memastikan sistem perkhidmatan kerajaan tidak terjejas.

"Kita telah mengkaji bilangan mereka yang tinggal di luar Negeri Sembilan dan jika bilangannya terlalu ramai, kita akan membuat keputusan selepas ini.

"Jadi, kita bersedia mempertimbangkan pelaksanaan BDR. Jika jabatan itu agak kritikal, kita tidak akan membenarkan BDR," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa paras air di empangan di negeri ini berada dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, katanya, rakyat negeri ini tetap diingatkan supaya mengambil langkah berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran air.

"Alhamdulillah, sejak tiga hari lepas kita menerima hujan dan setakat ini tidak berdepan masalah kekurangan air di empangan sehingga terpaksa membuat catuan kepada penduduk," katanya.