Negeri Utara Semenanjung Dijangka Alami Hujan Lebat, Ribut Petir Hingga Rabu

10 Jul 2022 • 8:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Bernama

KUALA LUMPUR – Penduduk di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diarah berjaga-jaga berikutan negeri utara Semenanjung itu mungkin dilanda hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang esok hingga Rabu depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jangkaan cuaca itu dibuat berdasarkan analisis menerusi beberapa model ramalan.

“Satu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam dalam tempoh 10 hingga 13 Julai 2022.

“Keadaan tersebut berisiko membawa angin daratan kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai, seterusnya mengakibatkan hujan lebat berserta ribu petir dan angin kencang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan sama, beberapa kawasan lain antaranya di Bintulu, Miri dan Limbang, Sarawak; barat Sabah serta Labuan turut akan dilanda situasi serupa hari ini hingga esok.

Katanya, METMalaysia juga memberi amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua serta ketiga membabitkan Laut China Selatan, Phuket dan utara Selat Melaka akan berlaku hingga Jumaat depan. – Getaran, 10 Julai 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved