Nekad bantah perlombongan emas Bukit Mantri

Local
9 Jan 2024 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Pusat Komuniti Kampung Balung Kokos tidak akan membenarkan lori tangki minyak syarikat Wullersdorf Resources menggunakan jalan kampung, sebagai ‘tanda protes’ aktiviti perlombongan emas haram di Bukit Mantri Tawau.

Ini berikutan Kerajaan Negeri masih gagal memberhentikan aktiviti perlombongan haram di kawasan terbabit.

Wakil penduduk, Kelana bin Benza atau Cikgu Kelana berkata, laporan polis serta aduan kepada Jabatan Alam Sekitar sudah banyak dilakukan, namun tiada tindakan diambil, sekali gus aktiviti perlombongan ini masih beroperasi secara berleluasa.

Katanya, ketika ini jelas syarikat terbabit melakukan aktiviti secara haram tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) serta kelulusan Operational Mining Scheme (OMS) daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Jika begini, jangan halang jika penduduk kampung sendiri menjalankan aktiviti ini, kerana ia dijalankan secara sesuka hati tanpa ada kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Saya sendiri sudah membuat laporan polis (tetapi) entah kenapa sehingga kini tiada tindakan diambil sehingga kilang perlombongan emas haram ini masih beroperasi. Seolah-olah kebal daripada tindakan pihak berkuasa,” katanya kepada Sabah News Today, di sini. Cikgu Kelana berkata, sekiranya perlombongan ini masih lagi gagal mendapat kelulusan, Pusat Komuniti Kampung Balung Kokos tidak akan membenarkan lori tangki minyak Wullersdorf Resources menggunakan jalan kampung mereka.

“Hari-hari penduduk kampung menghidu habuk, jalan kampung rosak manakala hasil bumi di kampung kami diambil…..Apa yang penduduk kampung dapat hanyalah pencemaran sungai serta menyedut udara kotor.

“Saya mengusahakan perkhidmatan pelancongan, beberapa kali kawasan ini ditutup kepada pengunjung akibat pencemaran air sungai yang sangat kritikal, sudah tentu ia sangat menjejaskan sumber pendapatan utama di kampung ini,” jelas Kelana.

Menurutnya lagi, mereka tidak membantah aktiviti perlombongan ini kerana ia boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung tetapi perlu ada dokumen yang sah.

“Tetapi pihak syarikat haruslah mengikuti semua garis panduan serta peruntukan yang termaktub dalam undang-undang sedia ada.

“Sekiranya ada lesen, sudah tentu ada perlindungan insurans pekerja serta mengelak daripada kejadian tidak diingini berlaku pada masa hadapan,” tambah Kelana.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article