Nekad buat jahat! Lelaki bawa lari kereta sekali dengan penumpang

LocalCars
4 Jun 2024 • 3:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
nekad buat jahat

Seorang individu nekad buat jahat apabila tergamak mencuri kereta yang masih ada penumpang di dalamnya di sebuah pam minyak di Shell Semambu, Kuantan.

Kereta sepupu hilang dicuri

Menerusi ciapan yang dibuat oleh pengguna X dikenali sebagai Diana Parish, dia telah meminta bantuan orang ramai bagi mengesan keberadaan kereta jenis Honda City milik sepupunya yang dilarikan oleh seorang lelaki.

image is not available

Lelaki nekad buat jahat bawa lari kereta ada penumpang

Ujarnya, sewaktu kejadian sepupunya telah membawa bapa ke tandas di pam minyak sebelum kereta tiba-tiba dilarikan oleh seorang lelaki berpenampilan botak.

Lebih membimbangkan, ibu pemilik kereta berada di dalam kenderaan terbabit dan sempat membuka pintu membuang beg tangan keluar, namun tidak sempat turun daripada kereta yang sudah bergerak.

image is not available

Penumpang warga emas ditolak keluar oleh lelaki nekad buat jahat

Tidak lama selepas itu, ibu pemilik kereta difahamkan telah menjerit meminta tolong sebelum pencuri memperlahankan kenderaan dan menolak warga emas berusia 70 tahun keluar daripada kereta.

image is not available

Belum ada khabar keberaan kereta

Setakat ini, kereta terbabit tidak dapat dikesan, namun barang-barang yang berada di dalam kenderaan terbabit telah dibuang ke mereka tempat sepanjang jalan.

Susulan daripada itu, pengguna X berkenaan meminta agar orang ramai dapat membantu mengesan keberadaan kereta terbabit disamping menyatakan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan kereta itu.

image is not available

Ramai turut simpati dengan apa yang berlaku

Susulan daripada itu, ramai yang terkejut dengan cara pencuri berkenaan melakukan tindakan jahat apabila berlangsung dalam tempoh yang cukup pantas.

Mereka juga mendoakan agar urusan pemilik kenderaan dipermudah dalam mendapatkan kembali keretanya serta memberikan sedikit nasihat kepada orang ramai untuk tetap mengambil langkah berjaga-jaga walaupun keluar dari kenderaan dalam tempoh masa yang sekejap.

image is not available

Tolong kunci kereta walaupun keluar sekejap

image is not available

Dengan kuasa X harap ditemukan

image is not available

 

Sumber: X DianaParish