Nelayan dikhuatiri hilang di perairan Kukup

19 Apr 2023 • 5:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Seorang nelayan dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Kukup di Pontian, sejak pagi semalam.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kehilangan Mohd Hairuldin Khalid, 36, kira-kira 7.39 malam tadi.

Beliau berkata sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ dan pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi bertindak membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di laluan darat dari jeti air masin ke kampung nelayan pada jarak 500 meter.

“Bagaimanapun, SAR dihentikan sementara pada 10.24 pagi tadi atas beberapa faktor berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mangsa, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pada masa sama PDRM meminta semua agensi yang terlibat berada dalam mod bersedia sekiranya terdapat sebarang petunjuk untuk menjalankan operasi. - Bernama