Nelayan hilang ditemui terapung mati di Tawau

17 Jul 2023 • 7:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Batu 5 sekitar jam 3.19 petang pada Isnin, disahkan nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Batu Payung pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, Ops Carilamat diaktif jam 5.15 petang pada Ahad selepas aduan diterima berhubung penemuan bot tanpa jurumudi kira-kira 100 ela dari selatan pantai Batu Payung pada jam 3.35 petang.

Katanya, bot sepanjang tujuh meter tersebut dipercayai milik seorang nelayan dikenali sebagai Husin, 30-an, dari Kg Hidayat, Batu 4 yang didapati tidak pulang ke rumah pada tengah hari seperti kebiasaannya jika keluar ke laut pada awal pagi.

“Ketika bot ditemui, terdapat makanan dan telefon bimbit di dalamnya dipercayai milik mangsa yang disyaki terjatuh ke laut."

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.