
KOTA BHARU - Seorang nelayan yang dipercayai terjatuh dari bot ditemukan selamat pada Isnin.
Mangsa, Mohd Nor Sharif Mat Nasir, 28, ditemukan oleh nelayan pada jam 11 pagi di perairan Geting, Tumpat.
Ibu mangsa, Rosiah Zainalabdin, 46, meluahkan rasa syukur anak lelakinya itu ditemukan selamat.
"Ketika ini Mohd Nor Sharif sedang menerima rawatan di HRPZII (Hospital Raja Perempuan Zainab II)," katanya ketika dihubungi.
AKAN MENYUSUL
