
Kota Kinabalu: Seorang nelayan berusia 27 tahun dipenjara dua tahun kerana melupuskan dua rantai emas curi.
Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Asmawi Ahmad yang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Bagi pertuduhan pertama, dia dipenjara 12 bulan kerana secara tidak jujur melupuskan rantai emas curi seberat 15.6gm pukul 11.30 pagi pada 18 Mei, 2021 di Pajak Gadai T.B.S Sdn Bhd di Jalan Tugu, Kg Air, di sini.
Bagi pertuduhan kedua, Asmawi dipenjara lagi 12 bulan kerana melupuskan seutas lagi rantai emas curi seberat 6.12gm jam 2 petang pada 18 Okt, 2021 di Kedai Pajak Gadai Sabategas Sdn Bhd di Sinsuran, di sini.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Asmawi menjalani kedua-dua hukuman itu dijalankan secara berturut-turut.
Semasa mitigasi, peguam dilantik Lawrence Lim, merayu hukuman ringan dengan mengatakan ia merupakan kesalahan pertamanya dan dia perlu menjaga keluarganya.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Suzie Kulit menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
