
PETALING JAYA: Seorang nelayan maut dibaham buaya ketika menebar jala dari botnya di Sungai Batang Oya di Dalat, Mukah pada 10.30 malam tadi.
Ia merupakan serangan buaya kelapan dilaporkan berlaku di daerah terbabit dalam tempoh beberapa tahun ini yang melibatkan enam kematian.
Ketua Polis Dalat, Saga Chunggat berkata, Roslin Madaie, 58, disambar buaya sebelum diheret ke Sungai Batang Oya.
“Kejadian terbaru berlaku kira-kira 10.30 malam tadi dan dimaklumkan orang awam yang menghubungi polis pada 11.26 malam.
SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more “Berdasarkan maklumat saksi kejadian, mangsa disambar seekor buaya ketika menebar jala dari botnya sebelum diheret ke dalam Sungai Batang Oya. Rakan mangsa yang melihat kejadian itu kemudian meminta bantuan penduduk bagi mengesannya,” katanya menurut Berita Harian.
Saga berkata, penduduk kampung berusaha mencari mangsa dengan kaedah tradisional menggunakan mata kail yang ditunda bot.
Katanya, selepas beberapa jam mencari, mata kail terbabit tersangkut pada mangsa yang tenggelam di dasar sungai kira-kira 12.30 tengah malam.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Dalat dan hasil pemeriksaan mendapati kecederaan pada badan mangsa hampir sama dengan kecederaan gigitan binatang buas.
Menurutnya, mangsa dipercayai diheret ke dalam air dan lemas.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
