
SANDAKAN: Sektor perikanan merupakan antara komponen penting dalam memastikan kelangsungan sekuriti bekalan makanan negara agar tidak terganggu serta mendepani cabaran berkaitan.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata nelayan di negara ini terus memainkan peranan penting dalam sama-sama berganding dengan kerajaan untuk memastikan bekalan makanan negara adalah sentiasa mencukupi.
“Justeru, dalam perkara ini, kerajaan juga akan terus mengolah pelbagai program melalui Mafi dan agensinya untuk terus membangunkan industri perikanan sama ada perikanan pesisir pantai sehingga perikanan laut dalam dan nelayan keseluruhannya.
