Nelayan selamatkan lelaki terjatuh jambatan

19 Dec 2023 • 4:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota APM sedang memberi rawatan awal kepada mangsa yang mengalami luka pada kaki kirinya.

image is not available
Mangsa yang terjatuh berjaya diselamatkan oleh komuniti nelayan yang berada di lokasi kejadian.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki berjaya diselamatkan oleh nelayan selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, di sini pada pagi Selasa.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, lelaki berusia 29 tahun itu dilaporkan terjatuh pada jam 11.20 pagi.

"Maritim Pulau Pinang melaksanakan operasi berhubung aduan seorang lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada pagi tadi.

"Sejurus menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Coordination Centre (MRSC), sebuah bot peronda digerakkan ke lokasi aduan sebagai bantuan aset di lapangan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

**media[2467079]**

Tambah beliau, mangsa ditemui selamat dengan bantuan komuniti nelayan setempat sebelum dipindahkan ke bot peronda Maritim Malaysia.

"Bot peronda tiba di Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban pada jam 12 tengah hari bagi menyerahkan mangsa kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan lanjut.

"Ini kerana, mangsa mengalami luka kecil pada bahagian kaki kirinya, namun telah diberikan rawatan awal. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan komuniti nelayan yang telah menyelamatkan mangsa," katanya.

Beliau berkata, sebarang insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk tindakan segera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved