Nenek 71 Tahun Disamun Dan Dirogol Lelaki Warga Asing Di Cyberjaya

LocalPolitics
13 Sep 2024 • 9:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nenek

Seorang nenek berusia 71 tahun mengalami detik hitam apabila disamun dan dirogol oleh seorang lelaki warga asing yang tidak dikenali mangsa di sebuah apartmen di Cyberjaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, suspek berusia 25 tahun itu telah ditahan polis sekitar jam 12.20 tengah hari di Tower Cyberjaya selepas laporan dibuat.

Polis turut merampas barangan kes milik mangsa.- Katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang untuk tahanan reman esok. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376/392 Kanun Keseksaan.

Kejadian ini turut tular di media sosial selepas seorang pengguna memuat naik hantaran dan gambar mangsa.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved