Nenek Terpedaya Dengan AI, Sanggup Datang Dari Perlis Untuk Beli Ubat Ustaz Wadi Annuar

LocalTechnology
9 Dec 2025 • 12:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan merupakan salah satu teknologi yang semakin meluas digunakan pada masa kini.

AI turut digunakan di dalam pelbagai sistem untuk memudahkan orang ramai. Malah jika dahulu nak bergambar pasti perlu ke studio, namun kini semuanya boleh dihasilkan hanya menggunakan AI.

Namun dalam kemajuan AI ini ada juga yang mengambil kesempatan untuk menipu orang ramai dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti meniru suara termasuk video selebriti atau figura besar untuk melariskan perniagaan dan banyak lagi.

Walhal video mahupun gambar yang dihasilkan adalah tidak benar dan ramai figura besar yang mengambil tindakan undang-undang selepas wajah dan suara mereka digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Warga Emas Gigih Travel KL-Perak Kerana Terpedaya Video AI, Konon Ada Cable Car Di Pengkalan Hulu [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Yang Muda Pun Susah Nak Beza” – Video AI ‘Ustaz’ Beri Ceramah Dalam Masjid Cetus Kebimbangan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Opah Aku Percaya Unta Mengaji” – Ramai Luah Video AI Berjaya Perdaya Warga Emas

Warga emas bertongkat datang dari Perlis terpedaya nak beli ubat

Terbaharu, seorang wanita warga emas turut berdepan perkara sama apabila sanggup datang dari Perlis kerana ingin membeli ubat yang kononnya dijual oleh pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Ustaz Wadi Annuar di Facebook rasminya, wanita warga emas yang memakai tongkat itu telah terpedaya dengan video iklan yang dihasilkan menggunakan AI.

“Nenek itu memberitahu bahawa dia percaya video iklan yang dibuat dengan AI itu adalah benar-benar daripada Ustaz Wadi, walhal ia palsu.

“Kejadian ini sangat menyedihkan kerana menipu dan menganiaya orang tua yang tidak bersalah.

“Selain itu, ramai juga yang menghubungi Ustaz Wadi untuk mengadu bahawa produk seperti buah aprikot yang mereka beli tidak sama langsung dengan apa yang kononnya dipromosikan,” tulisnya dalam hantaran itu.

Iklan video AI promosi pelbagai barangan seperti buah dan ubat

Mereka merupakan mangsa yang terpedaya dengan video AI terbabit yang menampakkan seolah-olah pendakwah berkenaan yang bercakap dan mempromosikan barangan seperti:

  • Buah aprikot
  • Ubat sakit mata
  • Air Nabi
  • Ubat sakit lutut dan sebagainya

“Teknologi AI Lip-Sync digunakan supaya gerakan bibir kelihatan selari dengan ucapan, menjadikan video itu nampak asli.

“Walaupun sebahagian produk itu memang wujud dan sampai ke tangan pembeli, tetapi Ustaz Wadi tidak pernah menjual atau mempromosikannya. Semua iklan itu adalah palsu dan dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.”

Ustaz Wadi Annuar turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan perkara tersebut dan membuat semakan dengan sumber rasmi pihaknya sebelum mempercayai sebarang iklan agar tidak terpedaya.

Beliau turut menyelar perbuatan scammer terbabit dan mengingatkan perbuatan menipu tidak mendatangkan kebaikan dan keberkatan serta meminta agar ia dihentikan, sebaliknya menasihati supaya menggunakan tenaga untuk perkara yang bermanfaat.

“Semoga kita semua belajar dari kejadian ini dan lebih berhati-hati di masa hadapan,” ujarnya.

Ada yang hampir tertipu nak beli ubat dijual oleh iklan guna Ustaz Wadi Annuar

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna mendedahkan mereka juga hampir menjadi mangsa apabila mahu membeli ubat mata namun selepas suami membuat semakan mereka mendapati ia adalah palsu.

Tidak kurang ramai yang berasa kasihan terhadap warga emas berkenaan kerana terpedaya dengan penipuan individu tak bertanggungjawab itu.

“Saya dengan mak nyaris-nyaris nak beli ubat mata tu. Nasib lah suami periksa dulu, rupanya palsu”

image is not available

“Sedihnya kesian dekat makcik tu”

image is not available

“Nasib baik pergi cari dekat tempat Ustaz, kalau beli online dah kena tipu”

image is not available