Neolix Menerima Kebenaran Menguji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Malaysia

LocalTechnology
30 Jun 2026 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Neolix Menerima Kebenaran Menguji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Malaysia

Neolix, salah satu syarikat dari China yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan swapandu dan logistik, kini mengumumkan mereka telah menerima kebenaran daripada pihak berkuasa di Malaysia dalam menguji kenderaan swapandu mereka.

Image from: Neolix Menerima Kebenaran Menguji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Malaysia

Melalui kebenaran yang diberikan kepada Neolix, ia akan membenarkan  kenderaan swapandu berkenaan diuji di Cyberjaya, dibawah “National Regulatory Sandbox Framework”. Ujian ini dijangka dilakukan sepanjang pertengahan kedua 2026 ini.

Neolix bekerjasama dengan beberapa syarikat logistik tempatan, termasuk Tiong Nam Logistics dan Asia Mobiliti, dimana sejumlah perkara akan dinilai dalam ujian rintis, termasuk melibatkan penghantaran bungkusan dan penghantaran melibatkan edagang. Sekiranya semuanya berjalan lancar, tidak mustahil kita melihat kenderaan swapandu ini mula diguna pakai secara komersil di Malaysia dalam tahun-tahun akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved