
PETALING JAYA: Kerajaan Nepal masih belum memberikan maklum balas berhubung permohonan Malaysia untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi misi kemanusiaan susulan bencana yang melanda negara itu.
Komander SMART, Abdul Manaf Che Isa berkata, sepertimana kenyataan Perdana Menteri berkaitan kesediaan menghantar pasukan SMART ke Nepal ia masih tertakluk kepada kelulusan kerajaan Nepal.
Menurutnya, misi ini juga bergantung kepada keperluan negara Nepal sama ada fokus kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) atau Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).
“Setakat hari ini tumpuan SAR diberi keutamaan kepada tunnel rescue yang giat dilaksana oleh beberapa pasukan daripada negara China, India dan Korea.
“Pasukan SMART bersedia dari segi fizikal dan mental serta bersedia untuk sebarang penugasan bagi misi ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, persediaan logistik iaitu penggunaan peralatan khusus, komunikasi dan kesihatan juga sudah bersiap siaga.
“Kerajaan Nepal tidak membuat ketetapan jumlah keanggotaan diperlukan apapun kami bersedia untuk di atur gerak mengikut apa-apa kategori medium atau light atau secara skelaton,” katanya. – UTUSAN
The post Nepal belum beri kebenaran kehadiran SMART appeared first on Utusan Malaysia.






