Nepal keluarkan amaran banjir baharu, paras air Sungai Bhote Koshi meningkat

WorldEnvironment
28 Aug 2026 • 5:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nepal keluarkan amaran banjir baharu, paras air Sungai Bhote Koshi meningkat

KATHMANDU: Pihak berkuasa Nepal mengeluarkan amaran baharu pada Jumaat mengenai potensi berlaku satu lagi kejadian banjir selepas paras aliran air bercampur serpihan dan lumpur dilaporkan meningkat di jajaran Sungai Bhote Koshi yang sama, iaitu lokasi bencana banjir kilat melanda pada Rabu, lapor Xinhua.

“Maklumat telah diterima bahawa aliran air bercampur serpihan dan lumpur meningkat semula hari ini di kawasan Sungai Bhote Koshi di Rasuwa, tempat di mana banjir besar berlaku pada 26 Ogos,” menurut Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMA) dalam satu notis.

Memandangkan potensi banjir boleh berlaku lagi, NDRRMA menggesa semua anggota yang terlibat dalam operasi menyelamat dan memberi bantuan di sepanjang Sungai Bhote Koshi dan Sungai Trishuli, serta sesiapa sahaja yang masih berada di kawasan berisiko tinggi, untuk mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya.

Agensi itu turut menasihatkan mereka supaya segera berpindah ke kawasan yang lebih selamat sekiranya mengesan sebarang tanda bahaya.

Angka korban akibat banjir yang memusnahkan itu telah meningkat kepada 475 orang, manakala ratusan lagi masih dilaporkan hilang ketika pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa yang terselamat dan mayat di sepanjang sungai dan kawasan hilir. – BERNAMA

The post Nepal keluarkan amaran banjir baharu, paras air Sungai Bhote Koshi meningkat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved