Nepal Larang Guna Aplikasi TikTok

14 Nov 2023 • 10:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nepal Larang Guna Aplikasi TikTok

ANKARA, 14 Nov (Bernama-Anadolu) — Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.

Keputusan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Isnin itu dijangka dilaksanakan sebaik sahaja persiapan teknikal selesai, lapor Agensi Anadolu, memetik akhbar harian Kathmandu Post.

Minggu lepas, Nepal mewajibkan syarikat media sosial lain termasuk Facebook, X dan YouTube supaya membuka pejabat di negara itu dalam tempoh tiga bulan.

Pihak berkuasa juga mengarahkan semua platform media sosial mendaftar dengan Kementerian Penerangan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Menurut laporan itu, kerajaan memberi amaran bahawa mereka boleh menutup platform yang tidak didaftarkan di Nepal.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved