‘NERAKA’ SAMPAH DI PULAU PERANGINAN

LocalEnvironment
26 Jul 2026 • 6:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘NERAKA’ SAMPAH DI PULAU PERANGINAN

Isu lambakan sampah di Pulau Redang, Terengganu dikhuatiri menjejaskan reputasi Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026. 

Tinjauan di Kampung Baru mendapati longgokan sampah berhampiran jeti nelayan berpunca daripada sistem kutipan kontraktor pembersihan yang kurang efisien sejak beberapa tahun lalu. Walaupun masalah serupa pernah diatasi selepas aduan dibuat, kini ia kembali meruncing kerana kontraktor didakwa hanya melupuskan sebahagian sisa. 

Selain sisa domestik, tinjauan Mingguan Malaysia dari Jeti Merang mendapati Jeti Kampung Baru turut dicemari sisa dari Vietnam dan Thailand yang dihanyutkan arus. Tindakan segera amat diperlukan agar keindahan pulau ini tidak sekadar tinggal paparan visual dalam promosi pelancongan.

Image from: ‘NERAKA’ SAMPAH DI PULAU PERANGINAN
Kelihatan timbunan sampah berhampiran jeti nelayan ketika tinjauan di Kampung Baru, Pulau Redang. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Image from: ‘NERAKA’ SAMPAH DI PULAU PERANGINAN
Pengunjung yang menggunakan bot melalui timbunan sampah berhampiran jeti nelayan di Kampung Baru, Pulau Redang. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Image from: ‘NERAKA’ SAMPAH DI PULAU PERANGINAN
Seekor kera mengambil makanan daripada timbunan sampah berhampiran jeti nelayan di Kampung Baru, Pulau Redang. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Image from: ‘NERAKA’ SAMPAH DI PULAU PERANGINAN
Kelihatan plastik makanan ringan dan pelbagai bahan buangan berada di dalam air laut di Kampung Baru, Pulau Redang. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Image from: ‘NERAKA’ SAMPAH DI PULAU PERANGINAN
Seekor biawak mencari makanan daripada buangan sampah berhampiran jeti nelayan di Kampung Baru, Pulau Redang. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Image from: ‘NERAKA’ SAMPAH DI PULAU PERANGINAN
Pengunjung yang menggunakan bot melalui timbunan sampah berhampiran jeti nelayan di Kampung Baru, Pulau Redang. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Image from: ‘NERAKA’ SAMPAH DI PULAU PERANGINAN
Kelihatan timbunan sampah berhampiran jeti nelayan ketika tinjauan di Kampung Baru, Pulau Redang. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved