NESCAFÉ suntik semangat buat warga TUDM sempena Merdeka

LocalFood
5 Sep 2026 • 7:58 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: NESCAFÉ suntik semangat buat warga TUDM sempena Merdeka

PETALING JAYA – Lebih 80,000 cawan minuman kopi NESCAFÉ diagihkan kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka membuat persiapan sam­butan Hari Kebangsaan ke-69 baru-baru ini.

Inisiatif menerusi kempen ‘Ngopi Dulu & Kekal Bersemangat Bersama’ itu turut menyaksikan NESCAFÉ menaik taraf ruang istirahat khas kakitangan TUDM bagi menyediakan tempat lebih selesa untuk mereka berehat dan mengisi semula tenaga sebelum meneruskan tugasan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Kopi, Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini berkata, usaha itu penting kerana ketika kebanyakan rakyat Malaysia meraikan sambutan Merdeka, warga TUDM terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan ketabahan.

“Adalah penting bagi NESCAFÉ untuk bersama-sama mereka. Kami bukan sekadar mahu memberikan penghargaan kepada mereka, tetapi mahu menterjemahkannya melalui tindakan.

“Justeru, kami mengambil ini­siatif dengan menaik taraf tempat mereka beristirahat supaya mereka mempunyai ruang yang lebih selesa untuk berehat dan mengisi semula tenaga,” katanya.

Menurutnya, NESCAFÉ mahu menjadi rakan kopi yang menyuntik semangat rakyat Malaysia bukan sahaja ketika sambutan perayaan, malah ketika mereka memerlukan ruang untuk berehat seketika sebelum meneruskan tanggungjawab.

“Sepanjang persiapan pertunjukan Hari Merdeka oleh TUDM, lebih 80,000 cawan minuman termasuk NESCAFÉ Classic, NESCAFÉ 3-in-1 dan NESCAFÉ Sedia Untuk Diminum Dalam Tin diagihkan kepada anggota TUDM serta kakitangan barisan hadapan yang terlibat.

“Selain itu, sebuah mesin layan diri baharu yang menawarkan produk NESCAFÉ akan ditempatkan di Hangar No. 20 Skuadron bagi membolehkan warga TUDM mendapatkan pilihan makanan dan minuman ketika menjalankan tugasan,” katanya.

Image from: NESCAFÉ suntik semangat buat warga TUDM sempena Merdeka
(Dari kiri) Juruterbang No.20 Skuadron, Kapten Prasad TUDM; Pegawai Eksekutif Perniagaan Kopi, Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini; Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Yusri Jamari TUDM; Pegawai Memerintah No. 20 Skuadron, Leftenan Kolonel Norlela Harun TUDM; dan Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestlé Malaysia & Singapura, Raja Nurmaria Murni.

Norkhayati berkata, NESCAFÉ turut menyasarkan untuk memperluaskan inisiatif berkenaan kepada komuniti lain dalam masa yang akan datang.

“Kami menyasarkan untuk memperluaskan inisiatif ini kepada komuniti lain dengan menyediakan minuman kopi dan pelbagai pilihan produk harian Nestlé supaya mereka dapat menikmati manfaat ini ketika waktu sibuk atau sepanjang hari mereka bekerja.

“Ini bagi mewujudkan detik-detik untuk mereka berehat dan mengisi semula tenaga secara konsisten serta bermakna,” katanya.

Sementara itu, Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Je­neral Yusri Jamari TUDM berkata, sumbangan NESCAFÉ membawa makna yang istimewa kepada warga TUDM yang sentiasa memikul amanah mempertahankan kedau­latan dan keutuhan negara.

Beliau berkata, secawan kopi mungkin kelihatan kecil dan sederhana, namun bagi anggota yang telah bertugas dalam tempoh panjang, ia mampu memberikan ruang untuk berhenti seketika, mengembalikan tenaga dan membuatkan mereka berasa dihargai.

“Kerjasama antara NESCAFÉ dan TUDM mencerminkan semangat sebenar Merdeka yang me­rangkumi perpaduan, kerjasama, penghargaan dan keprihatinan antara satu sama lain.

“Saya turut berharap kerjasama itu dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak orga­nisasi serta masyarakat untuk tampil menghargai dan menyokong mereka yang mendedikasikan kehidupan untuk berkhidmat kepada negara,” katanya.

Dalam pada itu, pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, NESCAFÉ turut mengagihkan lebih 120,000 cawan kopi kepada kakitangan barisan hadapan, sukarelawan dan rakyat Malaysia yang hadir menyaksikan acara ber­kenaan.

Sementara itu, Pegawai Memerintah No. 20 Skuadron, Lef­tenan Kolonel Norlela Haron TUDM berkata, kerjasama antara sektor kerajaan dan korporat seperti yang dijalinkan bersama NESCAFÉ memberi manfaat bukan sahaja kepada warga TUDM, malah membuka ruang kepada pihak swasta memahami dengan lebih dekat peranan pasukan berkenaan.

Menurutnya, interaksi secara langsung bersama pasukan NESCAFÉ sepanjang program berke­naan membolehkan pihaknya menerangkan dengan lebih dekat mengenai struktur, tugas dan tanggungjawab TUDM, khususnya No. 20 Skuadron.

“Apabila program ini berlangsung, kami boleh berbincang secara dekat dan menerangkan pe­ranan serta fungsi TUDM dan No. 20 Skuadron, termasuk tugas kami kepada negara.

“Sedikit sebanyak, ia memberi pendedahan kepada sektor korporat mengenai peranan TUDM kepada negara, khasnya,” katanya.

Image from: NESCAFÉ suntik semangat buat warga TUDM sempena Merdeka
Anggota TUDM mendapatkan produk Nescafé percuma pada Program Nescafé: Ngopi Dulu dan Kekal Semangat Bersama sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

Bagi Pegawai Memerintah No. 1 Skuadron, Leftenan Kolonel Ahmad Syazwan Mohamed TUDM, sokongan NESCAFÉ turut memberi suntikan semangat kepada kru penerbangan yang terlibat dalam persiapan dan pelaksanaan pertunjukan udara sempena Hari Kebangsaan.

Menurutnya, sumbangan minuman kopi berkenaan membantu memastikan kru penerbangan kekal segar sepanjang menjalankan tugas.

“Syukur Alhamdulillah, semua kru penerbangan begitu bersemangat dan segar kerana penerbangan kami mendapat tajaan daripada NESCAFÉ.

“Ngopi dulu dan memastikan semua kru penerbangan sentiasa segar sepanjang penerbangan sehinggalah kami selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang,” katanya.

Beliau turut menghargai penyediaan kemudahan minuman secara percuma serta mesin layan diri NESCAFÉ di pangkalan berkenaan yang disifatkannya sebagai satu bentuk kerjasama bermakna antara TUDM dan pihak swasta.

Sementara itu, pembantu juruterbang pesawat CN235 No. 1 Skuadron, Kapten Nur Farah Mohd Shukuri TUDM berkata, sumbangan NESCAFÉ memberi pengalaman positif kepada kru penerbangan yang terlibat dalam pertunjukan udara.

“Saya bersyukur atas kerjasama ini kerana sumbangan yang NESCAFÉ berikan membuatkan kru penerbangan lebih bersemangat dalam melaksanakan flypast Merdeka.

“Saya berharap lebih banyak pihak daripada sektor kerajaan mahupun swasta tampil memberikan sokongan terhadap aktiviti TUDM pada masa akan datang kerana kerjasama sedemikian mampu me­ningkatkan semangat dan moral anggota dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Sokongan berterusan seperti itu dilihat bukan sahaja memberi kemudahan kepada anggota TUDM mendapatkan minuman ketika bertugas, malah mewujudkan ruang untuk mereka berehat seketika dan mengisi semula tenaga sebelum kembali melaksanakan amanah kepada negara.

 

 

 

The post NESCAFÉ suntik semangat buat warga TUDM sempena Merdeka appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved