NESCAFÉ Suntik Semangat Wira Barisan Hadapan Malaysia Menerusi Inisiatif Pemulihan Tenaga Selama 30 Jam

LocalHealth & Fitness
21 Aug 2026 • 6:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

NESCAFÉ Suntik Semangat Wira Barisan Hadapan Malaysia Menerusi Inisiatif Pemulihan Tenaga Selama 30 Jam

NESCAFÉ Suntik Semangat Wira Barisan Hadapan Malaysia Menerusi Inisiatif Pemulihan Tenaga Selama 30 Jam

Dalam keheningan waktu malam, ketika keletihan mula dirasai dan ketabahan diuji, para petugas kesihatan negara terus berkhidmat tanpa mengenal erti penat demi rakyat Malaysia.

Bagi menghargai dedikasi dan komitmen ini, NESCAFÉ telah melancarkan kempen “NGOPI Dulu & Kekal Bersemangat Bersama” di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian menerusi inisiatif pemulihan tenaga tanpa henti selama 30 jam yang bertujuan menyuntik semangat kakitangan hospital yang sentiasa menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sebagai jenama kopi No. 1 di Malaysia, NESCAFÉ percaya bahawa setiap cawan kopi mampu menjadi pemangkin keceriaan dan memberi semangat yang positif kepada kakitangan yang penat bekerja. Berteraskan tujuan yang ringkas tetapi bermakna, inisiatif yang dilaksanakan di seluruh negara ini bertujuan menyuntik semangat rakyat Malaysia dan juga wira barisan hadapan bagi memastikan negara sentiasa bergerak maju.

Image from: NESCAFÉ Suntik Semangat Wira Barisan Hadapan Malaysia Menerusi Inisiatif Pemulihan Tenaga Selama 30 Jam
NESCAFÉ memberikan motivasi dan optimisme kepada para petugas kesihatan yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah setiap hari di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Menyedari cabaran fizikal dan emosi yang dihadapi oleh petugas hospital setiap hari, NESCAFÉ telah menjalinkan kerjasama dengan HPUSM bagi menghargai para petugas yang berdedikasi. Bermula dari jam 6.00 pagi pada 10 Ogos hingga jam 12.00 tengah hari pada 11 Ogos, NESCAFÉ akan menyediakan stesen kopi di lokasi-lokasi utama hospital HPUSM.

Sepanjang tempoh tersebut, lebih daripada 30,000 hidangan minuman seperti NESCAFÉ Classic, NESCAFÉ 3-in-1 dan kopi sedia diminum (Ready-To-Drink) telah diagihkan. Lebih daripada sekadar secawan kopi, setiap hidangan menjadi sumber tenaga baharu dan ruang untuk berehat seketika serta tanda penghargaan yang tulus kepada individu-individu yang bekerja keras di sebalik tabir demi kesejahteraan masyarakat.

Image from: NESCAFÉ Suntik Semangat Wira Barisan Hadapan Malaysia Menerusi Inisiatif Pemulihan Tenaga Selama 30 Jam
(Di tengah) Pengurus Pemasaran Pengguna NESCAFÉ Malaysia, Khoo Sui Ying dan Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital Pakar USM (HPUSM), Profesor Dr. Zaidi Zakaria, bersama-sama pasukan daripada NESCAFÉ dan HPUSM.

Khoo Sui Ying, Pengurus Pemasaran Pengguna, NESCAFÉ Malaysia berkata, “Di NESCAFÉ, kami percaya bahawa usaha kecil mampu membawa perubahan yang bermakna. Menerusi inisiatif ini, kami ingin menjadi rakan setia yang sentiasa memberi inspirasi kepada para petugas kesihatan yang berkhidmat tanpa mengenal erti penat setiap hari.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyuntik semangat dan memberi sokongan kepada mereka yang mengorbankan masa dan tenaga demi menjaga kesihatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia. Kami juga berharap dapat memperluaskan inisiatif seperti ini agar dapat menghargai lebih ramai wira negara sepanjang tahun. Setiap cawan yang kami hidangkan melambangkan komitmen dan penghargaan kami untuk terus menyokong para petugas barisan hadapan yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara.”

Image from: NESCAFÉ Suntik Semangat Wira Barisan Hadapan Malaysia Menerusi Inisiatif Pemulihan Tenaga Selama 30 Jam
Stesen kopi khas untuk program NGOPI Dulu & Kekal Bersemangat Bersama di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.

Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan NESCAFÉ dalam memperkasakan dan menyokong komuniti di Malaysia. Susulan program serupa di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru awal tahun ini, aktiviti di HPUSM ini merupakan sebahagian daripada rangkaian inisiatif yang lebih luas bagi menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia di seluruh negara. NESCAFÉ akan terus menyemarakkan inspirasi ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia terus melangkah ke hadapan - satu cawan pada satu masa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.nescafe.com.my, Facebook di NESCAFÉ Malaysia (facebook.com/Nescafe.MY) dan Instagram di @nescafe_my.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved