Netanyahu Dedah Pernah Jalani Rawatan Buang Tumor Prostat

WorldPolitics
25 Apr 2026 • 12:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Netanyahu Dedah Pernah Jalani Rawatan Buang Tumor Prostat

Netanyahu Dedah Pernah Jalani Rawatan Buang Tumor Prostat

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan bahawa beliau telah menjalani rawatan untuk membuang tumor pada prostatnya.

Memetik laporan AFP, Netanyahu memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di laman X miliknya.

Menurutnya, doktor berjaya membuang tumor malignan kecil daripada prostatnya.

Tumor itu dikesan selepas beliau menjalani pembedahan bagi merawat pembesaran prostat yang bersifat benign (tidak berbahaya) kira-kira 18 bulan lalu, dengan keadaannya dipantau secara berkala sejak itu.

“Pada pemeriksaan terakhir saya, satu tompok kecil berukuran kurang daripada satu sentimeter ditemui di dalam prostat. Ujian mengesahkan ia merupakan tumor malignan peringkat awal tanpa sebarang bukti penyebaran metastasis,” katanya.

Baca juga:

Netanyahu turut memaklumkan bahawa beliau telah menjalani rawatan bersasar yang berjaya menghapuskan masalah tersebut dan tidak meninggalkan sebarang kesan, namun tidak menyatakan bila rawatan itu dilakukan.

Perdana menteri itu sebelum ini menjalani satu kolonoskopi rutin di sebuah hospital di Jerusalem pada Mei tahun lalu, menurut kenyataan pejabatnya ketika itu.

Beliau berkata permintaan untuk menangguhkan pengeluaran laporan perubatan tersebut selama dua bulan dibuat bagi mengelakkan ia diterbitkan ketika konflik di Asia Barat sedang berlangsung, dengan alasan kebimbangan bahawa Iran akan menyebarkan propaganda palsu.

Image from: Netanyahu Dedah Pernah Jalani Rawatan Buang Tumor Prostat
Kredit: AFP

Menurut pejabatnya, Netanyahu telah beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak kembali memegang jawatan pada Disember 2022.

Pada Mac 2024, beliau menjalani pembedahan hernia sebelum menjalani pembedahan bagi pembesaran prostat pada Disember tahun yang sama.

Pada Julai 2023, kurang tiga bulan sebelum bermulanya serangan ke atas Gaza, Netanyahu turut dipasang alat perentak jantung (pacemaker) selepas dimasukkan ke hospital seketika akibat mengalami simptom pening.