Netanyahu dedah sebab sokong Argentina di Piala Dunia

PoliticsFootball
10 Jul 2026 • 12:05 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Benjamin Netanyahu ketika muncul dalam podcast membincangkan sokongannya terhadap Argentina dan Presiden Javier Milei.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan sokongannya terhadap Argentina pada Piala Dunia FIFA 2026 bukan disebabkan bintang bola sepak Lionel Messi, sebaliknya kerana Presiden Argentina, Javier Milei.

Dalam penampilan di The Mojo Podcast kendalian pelawak Israel, Ben Ben Baruch, Netanyahu ditanya sama ada Messi menjadi sebab beliau menyokong Argentina dalam kejohanan berprestij itu.

Namun, Netanyahu segera menyebut nama Milei sebelum Messi sambil memuji kepimpinan Presiden Argentina tersebut.

“Bukan. Sebelum Messi, Milei. Dia seorang bintang besar,” kata Netanyahu.

https://twitter.com/goalsside/status/2075275050853228906?s=20
Baca juga:

Beliau kemudian menyifatkan Milei sebagai seorang ‘superstar’ dan memuji pendekatan ekonomi pemimpin Argentina itu menerusi penerapan prinsip ekonomi bebas.

“Dia seorang bintang. Dia seorang superstar, benar-benar begitu, dengan menerapkan ekonomi bebas. Tetapi Milei ialah sahabat besar Israel,” katanya.

Milei yang memegang jawatan Presiden Argentina sejak Disember 2023 sebelum ini dikenali dengan dasar ekonomi berorientasikan pasaran bebas serta hubungan rapat dengan Israel.

Dalam perbualan sama, Netanyahu turut menyentuh mengenai Messi dan skuad bola sepak Argentina, dengan mengakui kehadiran pemain berpengalaman seperti penyerang berusia 39 tahun itu menjadi antara kekuatan pasukan tersebut.

Beliau turut berkongsi bahawa pernah bertemu Messi ketika pemain itu berkunjung ke Israel bagi satu perlawanan persahabatan.

The post Netanyahu dedah sebab sokong Argentina di Piala Dunia appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved