Netanyahu dedah sebab utama sokong Argentina

WorldPolitics
10 Jul 2026 • 8:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Netanyahu dedah sebab utama sokong Argentina
Netanyahu menyokong Argentina sepanjang Piala Dunia 2026. Foto Agensi

PERDANA Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan sokongannya terhadap Argentina pada Piala Dunia 2026 bukan kerana kehebatan Lionel Messi, sebaliknya mempunyai kaitan dengan Presiden Argentina, Javier Milei.

Juara bertahan itu kini meneruskan kempen di Piala Dunia 2026 dengan mara ke suku akhir, namun sokongan Netanyahu terhadap skuad Albiceleste hadir atas faktor di luar padang.

Menurut laporan Clash Report yang memetik pelabur syarikat permulaan, Mario Nawfal, Netanyahu memberitahu seorang wartawan bahawa Argentina adalah pasukan pilihannya sepanjang kejohanan.

"Messi?" Tanya wartawan itu ketika menyangka bintang Inter Miami tersebut menjadi sebab utama sokongan berkenaan.

"Bukan. Sebelum Messi, Milei. Dia seorang superstar," jawab Netanyahu.

Netanyahu merujuk kepada Milei yang dilantik sebagai Presiden Argentina sejak 2023 dan sebelum ini dikenali sebagai personaliti televisyen serta profesor ekonomi.

Sementara itu, Argentina kendalian Lionel Scaloni kini sedang memburu kejayaan mempertahankan kejuaraan dunia selepas menyingkirkan beberapa pencabar dalam laluan ke suku akhir.

Messi pula terus mencuri perhatian apabila mengetuai carta penjaring terbanyak Piala Dunia 2026 selepas meledak lapan gol sepanjang kejohanan.

Juara bertahan itu bakal bertemu Switzerland di suku akhir pada Ahad ini (9 pagi waktu Malaysia).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved