Netanyahu menang, gagal dapat majoriti

WorldPolitics
30 Oct 2026 • 10:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Netanyahu menang, gagal dapat majoriti

TEL AVIV – Kem Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengatasi blok pembangkang tetapi masih jauh untuk mendapatkan majoriti, demikian menurut keputusan muktamad pilihan raya umum Israel hari ini.

Gabungan parti berhaluan kanan dan kanan tegar Netanyahu menang  53 daripada 120 kerusi Knesset (Parlimen), dengan parti Likud pimpinannya kekal  fraksi terbesar dengan 27 kerusi.

Blok pembangkang diterajui pemimpin berhaluan tengah Gadi Eisenkot, memperoleh 48 kerusi.

Keputusan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat itu  juga memperlihatkan kemunculan gabungan parti Arab iaitu Raam dan Joint List  sebagai potensi penentu kemenangan (kingmaker) selepas meraih gabungan 19 kerusi.

Keputusan di luar jangkaan itu mendorong kepada rundingan sukar untuk membentuk kerajaan. Ia dijangkan mengambil masa berminggu-minggu selepas tiada blok tunggal mencapai 61 kerusi yang diperlukan serta prospek pilihan raya baharu diadakan jika rundingan membentuk kerajaan gagal.

Keputusan akhir itu diperoleh  selepas kubu Netanyahu menghebohkan dakwaan tanpa bukti bahawa kumpulan Arab-Israel menerima dana asing untuk mempengaruhi undian, dakwaan yang ditolak oleh kedua-dua senarai kem Arab.

Perkhidmatan keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet sedang menyiasat dakwaan itu, namun menegaskan siasatan itu bukan bertujuan untuk ‘melemparkan fitnah atau menuding kesalahan kepada seluruh sektor yang keluar mengundi secara demokratik dan sah di sisi undang-undang’.

Suruhanjaya pilihan raya juga berusaha meredakan  ketegangan, dengan pemangku ketua pengarahnya, Dean Livne berkata, dakwaan mengenainya  adalah ‘sama sekali tidak berasas’.

Kontroversi itu tertumpu kepada tuduhan Raam menerima wang daripada Qatar untuk membiayai operasi membeli undi. – AFP

 

The post Netanyahu menang, gagal dapat majoriti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved