Netflix boleh dipasang di Unifi Plus Box sekarang, setelah disekat sekian lama

Digital
28 Jul 2023 • 7:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Unifi telah mengumumkan kedatangan Netflix dalam tawaran mereka sebulan yang lepas. Ketika itu, aplikasi Netflix masih belum boleh dipasang di Unifi Plus Box akibat sekatan yang TM kenakan sejak dahulu kala, akibat tidak mencapai kata sepakat antara TM dan Netflix.

Hari ini, Unifi memaklumkan bahawa aplikasi Netflix sudah terdapat di Unifi Plus Box. Dengan ini, pengguna Unifi boleh menonton Netflix menggunakan alat kawalan Unifi Plus Box. Lebih mudah lagi jika mereka melanggan Netflix menerusi tawaran Unifi TV.

image is not available

Kemaskini OS dahulu

Untuk pengguna Unifi Plus Box, jika anda masih tidak dapat memasang Netflix di dalam kotak media tersebut, anda boleh mengemaskini dahulu perisian sistem menerusi Setting > Device Preference > About > System Update.

Unifi kini menawarkan diskaun untuk melanggan Netflix menerusi promosi pek Ultimate Unifi TV yang berjalan selama 3-bulan, dari 23 Jun sehingga 22 September 2023. Mereka yang melanggan dalam tempoh promosi ini, akan kekal dengan harga promosi ini selama mana tidak menghentikan langganan Unifi TV.

Harga promosi tersebut adalah:

  • Pek Ultimate Plus RM99.90 RM69.90
  • Pek Ultimate Max RM129.90 RM89.90

image is not available

Pek asas Ultimate berharga RM60/bulan memberi akses kepada platform Disney+ Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW, BBC Player, SIAR, Lionsgate Play serta Unifi TV sendiri. Pelanggan Ultimate Plus pula menikmati semua akses seperti pek Ultimate, dengan tambahan akses kepada Netflix Basic. Pek Ultimate Max pula membolehkan akses kepada Netflix Standard, Viu, dan iQiyi.

Jika perlu, Unifi turut menyediakan naik taraf kepada pelan Netflix Premium dengan siaran 4K dan tontonan serentak di 4 peranti, dengan tambahan RM27 untuk pek Ultimate PLus dan RM10 bagi pek Ultimate Max.

Selain melanggan secara pek, pengguna Unifi TV juga boleh melanggan pelbagai platform penstriman satu persatu pada harga istimewa. Tawaran ini diberi sehingga 31 Disember 2023 dan boleh diaktifkan menerusi portal Unifi Selfface pengguna. Platform yang ditawarkan adalah:

  • Disney+ Hotstar – RM54.90/3 bulan RM16/bulan
  • Viu – RM14.90/bulan RM5.00/bulan
  • SIAR – RM10.00/bulan RM8.00/bulan
  • MangoTV – RM18.99/bulan RM9.90/bulan
  • WeTV – RM11.90/bulan RM9.90/bulan
  • iQIYI – RM11.90/bulan RM9.90/bulan
  • TVBAnywhere+ – RM19.90/bulan RM16.00/bulan
  • Simply South – RM14.99/bulan RM8.50/bulan
  • ShemarooMe – RM10.00/bulan RM6.50/bulan
  • ZEE5 – RM14.90/bulan RM12.50/bulan
  • YuppTV – RM25.00/bulan RM15.00/bulan
  • BBC Player – RM10.00/bulan RM9.00/bulan
  • Amazon Prime Video – RM25.00/bulan
  • MySing – RM14.90/bulan

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Unifi TV.

Bacaan Berkaitan

View Original Article