Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

TechnologyDigital
26 May 2023 • 11:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Netflix telah memperkenalkan satu ciri baharu dalam perkhidmatan mereka yang dinamakan Netflix Household. Ia dilihat ramai sebagai usaha Netflix untuk mengekang amalan perkongsian akaun tapi tidaklah dikekang sepenuhnya, cuma ada "bonggol laju" diletakkan.

Sebenarnya anda masih boleh berkongsi akaun sekiranya anda fahami konsep Netflix Household.

Bagaimana Netflix Household beroperasi

Menurut takrifan di laman rasmi, Netflix Household adalah himpunan gajet yang berkongsi talian Internet, Wi-Fi ataupun berkabel, yang sama dengan TV yang anda gunakan untuk tonton Netflix. Buat pengguna sedia ada, anda boleh wujudkan Netflix Household melalui TV yang sedang anda gunakan untuk tonton.

image is not available

Menggunakan alat kawalan, tekan Kiri kemudian cari butang Get Help dan dari pilihan Manage Netflix Household. Buat pengguna baharu, Household akan diwujudkan secara automatik bila anda log masuk ke TV baharu.

image is not available

image is not available

Bagaimana Netflix kesan sama ada peranti berada dalam Netflix Household?

Mereka menggunakan maklumat seperti alamat IP, nombor ID peranti, dan aktiviti akaun untuk mengenal pasti sama ada peranti yang melog masuk ke dalam akaun Netlfix adalah sebahagian daripada Household ataupun tidak. Pihak Netflix memperjelas yang tiada sebarang data GPS dilihat untuk melihat sama ada gajet itu berada dalam lingkungan Household secara fizikal.

image is not available

Tambah slot tambahan dalam akaun Netflix

Satu tanggapan yang perlu diperbetul dalam kalangan pengguna Netflix. Contohnya, ramai melihat yang dalam akaun Premium terdapat 4 akaun berasingan dalam satu log masuk. Yang sebenarnya, di dalam satu akaun Premium, sebanyak 4 profil berasingan boleh diwujudkan.

image is not available

Contohnya anda melog masuk satu akaun Netflix. Anda boleh tonton menggunakan profil A, profil B, profil C, ataupun profil. Begitu juga dengan semua pengguna yang melong masuk ke akaun itu.

Kemudian, Netflix Houshold diperkenalkan dan tawarkan untuk tambah akaun tambahan sebagai sambungan kepada akaun sedia ada. Anda dikenakan RM13/bulan/slot untuk tambahan slot di luar Household. Pelanggan pelan Premium diberi 2 slot tambahan manakala Standard 1 tambahan. Tiada kemudahan pertambahan akaun untuk pelanggan Mobile dan Basic.

image is not available

Akaun tambahan tidak menikmati semua manfaat seperti akaun induk. Berikut adalah ciri-ciri yang dinikmati pelanggan akaun tambahan (sumber):

  • Boleh log masuk Netflix walaupun berada di luar Household.
  • Boleh tonton video pada resolusi seperti akaun induk
  • Boleh tonton Netflix daripada mana-mana peranti tapi hanya 1 strim dibenarkan pada satu-satu masa
  • Boleh muat turun video tapi hanya 1 peranti dibenarkan
  • Hanya boleh wujudkan 1 profil
  • Akaun tambahan perlu diaktifkan dalam negara tempat akaun induk diaktifkan. Contohnya akaun induk berasal dari Malaysia, akan tambahan juga perlu diaktifkan dalam Malaysia.

Bacaan Berkaitan